Tanaka White

by - Friday, October 19, 2012

Kali ni Ai nak mencoret tentang penjagaan muka... huhuhu.. Bila umur dah semakin meningkat, kulit muka pun bertambah masalah.. Tak macam kengkawan yang lain, Ai lambat menggunakan produk kecantikan.. Masa sekolah dulu, Ai langsung xmenggunakan apa-apa produk (bedak biasa pun xguna, cuci muka pun pakai sabun mandi je..)... So setiap kali terkena cahaya matahari, kulit muka Ai mula jadi kemerahan & gatal-gatal.. Sampai ada yang gelar Ai sebagai Puteri Lilin sebab xboleh kena panas..
BE Tanaka White - please be nice to me....

Masuk U, Ai mula ada perasaan nak mencuba produk kecantikan.. Tapi kulit Ai sangat sensetif, habis kelopak mata & muka Ai .. huhuhu.. Then ada sorang kawan tanya kenapa muka Ai jadi teruk (kulit muka Ai jenis kulit kering, so memang xde masalah jerawat).. Ai kata la Ai teringin nak melawa macam orang lain, sekurang-kurangnya pakai bedak muka.. Kawan tu menasihati Ai supaya xterlalu mengikut orang kerana kulit muka Ai xbermasalah & terlalu sensetif terhadap produk kecantikan..

Pada tahun 2006, Unza (M) S/B memperkenalkan produk Safi Rania yang menggunakan ekstrak anggur & pegaga.. Ai beli stater kit untuk permulaan & mula menggunakan Jonshon's Face Powder Young White.. Oleh kerana mungkin sambutan Safi Rania xmemuaskan, pengeluarannya dihentikan pada tahun 2010 dan digantikan dengan Safi Rania Gold.. So terpaksalah Ai bertukar ke Safi Balqis pula kerana Ai alergi pada pearl or gold (kalau pakai barang kemas, xde masalah)..

Beberapa bulan kebelakangan ni kulit muka Ai menjadi sangat kering & sering mengelupas... So lepas maghrib tadi ajak HM pergi Watsons, Ai nak cuba beli stater kit produk lain pula.. Lama juga la bertinggung memilih jenis produk (nak cari yang bajet punya je, mahal-mahal sangat xmampu la).. Akhirnya, ambil keputusan untuk cuba stater kit Bio-Essence Tanaka White coz baunya harum & xmenyakitkan deria bau Ai yang sensetif ni.. Untuk maklumat penggunaannya, kengkawan boleh rujuk SINI...


Nota Jari: Hope produk ni berkesan & berbaloi dengan pelaburan yang Ai buat...

You May Also Like



0 ulasan