e-Tukar Bukan Guru...

by - Saturday, September 13, 2014

Baru setahun yang lepas Ai bertukar dari W.P Kuala Lumpur ke penang.. Sebelum buat permohonan bertukar tu, Ai call dulu PPD kerian dan larut matang, tanya kut ada yang nak tukar sama suka dengan Ai.. Tapi hampa.. Then Ai call pula JPN penang.. Dan Ai dimaklumkan memang ada kekosongan di dalam pulau..

So masa apply online di e-Tukar Bukan Guru (Sila Pastikan Anda Menggunakan Microsoft Internet Explorer), Ai terus mohon ke penang.. Yang penting Ai dapat balik ke kampung..


So selepas setahun, Ai nak cuba bertukar lagi.. Kali ni, Ai nak bertukar ke kerian pula.. Memandangkan HM dalam proses berhenti, so pendapatan hanya bergantung pada Ai.. huhuhu.. Kalau Ai terus menerus berulang jauh macam sekarang ni, perbelanjaan perjalanan sahaja dah hampir mencecah RM700 sebulan.. Kos minyak RM60 untuk 3hari.. Bermakna kos minyak untuk 5hari hampir RM110.. Dalam sebulan kos minyak sahaja RM440.. Tol jawi-juru RM2.80.. Pergi balik RM5.60.. Tol jambatan pula RM5.60.. Mujur tol hanya dikenakan semasa masuk ke pulau.. So jumlah kos tol sehari RM11.20.. Kos untuk 5hari bekerja bersamaan dengan RM56.. Kos untuk sebulan (andaikan sebulan 4minggu) bersamaan dengan RM224... Kos penjagaan baby HK dan HB, RM200.. (murah coz hantar kat kakak sendiri..huhuhu.. Kalau dapat tukar sini, boleh la bayar lebih sikit kat kakak Ai..).. Anggaran kos keseluruhan RM864...

Ok, sekarang bandingkan dengan perbelanjaan yang perlu Ai tanggung sekiranya menyewa di penang.. Sewa rumah, yang paling murah anggaran RM350.. Kos penjagaan baby HK RM350, kos taska HB pula RM300.. Anggaran kos minyak seminggu (5hari) RM60.. Sebulan (4minggu) bersamaan dengan RM240.. Anggaran kos keseluruhan RM1240..

Ada pula yang kata; kenapa tak duduk kuarters je.. Ok, sekarang cuba bandingkan perbelanjaan sekiranya Ai tinggal di kuarters pula.. Yang pertama sekiranya tinggal di kuarters, elaun perumahan RM180 dan elaun sara hidup akan dipotong RM150.. Elaun rumah akan dipotong sepenuhnya, manakala elaun sara hidup akan dipotong separuh.. Anggaran kos taska bagi baby HK, RM350 dan HB pula RM300.. Anggaran kos minyak seminggu RM30 (sekiranya kuarters berhampiran dengan opis).. Sebulan dianggarkan RM120.. Anggaran kos sebulan bersamaan dengan RM1100 (campur kos taska, minyak dan elaun yang dipotong)..

Berdasarkan pengiraan di atas, berulang dari kampung lebih murah kosnya berbanding tinggal di penang.. So sekarang ni, Ai harap sangat dapat bertukar ke kerian pula kerana perbelanjaan nak ke tempat kerja tak berbaloi dengan gaji Ai yang hanya kerani.. huhuhu.. Separuh daripada gaji Ai digunakan hanya untuk perjalanan ke tempat kerja.. Tak tolak lagi dengan bayaran ansuran kereta dan motor, makan dan minum serta bagi sedikit duit untuk mak yang terlantar sakit.. Kalau dikirakan semua, memang meleleh air mata.. huhuhu.. Hope permohonan Ai untuk bertukar akan diluluskan..
 

Nota Jari: Ya ALLAH, permudahkanlah urusan Ai.. Kuatkanlah semangat Ai, kurniakanlah ketabahan kepada Ai untuk menghadapi semua ini..

You May Also Like



0 ulasan