Pergi Tak Kembali...

by - Thursday, December 25, 2014

Seperti yang Ai pernah coretkan dalam entry yang terdahulu, my mom disahkan mengidap kanser tulang.. Entry kali ni Ai nak share pemergian mak yang Ai kasihi..
14 Disember 2014
Ai ajak hubby balik rumah mak.. My sis dari hari jumaat ada kat rumah mak coz Atam (adik kedua Ai) dan Mtam nak pergi kenduri kat KL hari minggu tu.. Tak lama lepas Ai sampai, my sis pun beransur untuk balik.. Tiba-tiba, mak sesak nafas.. Mak minta Asu (adik bongsu Ai) menghalakan kipas kepadanya.. Mak minta membetulkan kedudukannya kerana mak teramat sukar untuk bernafas.. Then mak minta HM tolong urutkan perutnya.. Ai pula mengusap dada mak.. 

Mak berbisik menyatakan sudah hampir masanya mak meninggalkan kami.. Ai dan HM minta mak berzikir dan kami sama-sama berzikir "ALLAH, ALLAH, ALLAH........".. Ai pandang wajah mak yang kemerahan kerana sukar bernafas.. Peluh membasahi wajahnya.. Ai tahu mak cukup terseksa ketika itu.. Ai dan HM terus mengurut perut mak, dan memang dapat rasa banyak angin di perut mak.. Dan kami juga dapat rasakan usus mak keras.. Berulang kali Ai tanya pada mak tak mengapakah kami mengurut perut mak.. Kerana Ai takut dan bimbang Ai tertekan tulang mak.. huhu.. Tapi mak mengangguk memberi isyarat tak apa.. Ai urut perut mak sehingga mak membuang angin dan yakin dah tak ada angin dalam perut mak.. Kemudian mak dah boleh bernafas semula.. Selepas mak terlelap, Ai dan HM bergerak pulang ke rumah..

15 Disember 2014
Semalaman Ai berfikir mengenai mak.. Tak dapat tidur lena.. Pagi tu Ai minta masuk lambat, buat persediaan sekiranya ada panggilan kecemasan daripada bapa.. Sehingga pukul 9am, bapa tak ada call Ai, so Ai bergerak ke tempat kerja.. Ai sampai tempat kerja pukul 11am.. Penyelia bertanyakan kenapa Ai masuk lambat (adakah kerana anak sakit or kerana mak)??.. Ai ceritakan peristiwa semalam kepada penyelia dan KU.. 

Pukul 2pm (Ai tengah rehat makan tengah hari), my sis call bagi tau mak dimasukkan ke hospital kerana sukar bernafas.. Ai terus hubungi bapa untuk kepastian.. Menurut bapa, dari malamnya mak tak boleh tidur kerana sukar bernafas.. Bapa meminta pertolongan nurse klinik desa (KD).. Kemudian nurse tersebut menghubungi ambulans untuk membawa mak ke klinik kesihatan (KK) bagi memberi pertolongan.. Namun KK pun tidak dapat membantu.. Kemudian mak dihantar ke unit kecemasan hospital taiping..

Ai serba salah nak minta balik awal kerana Ai baru je masuk pukul 11am.. Tapi KU beri kebenaran untuk Ai balik.. Katanya uruskan hal mak dulu sampai selesai supaya Ai tak menyesal kemudian hari.. Ai bergegas balik berteman air mata sepanjang perjalanan.. Ai call my sis dan HM supaya mereka bersiap sedia untuk ke hospital..

Sampai di hospital, mak masih lagi di wad kecemasan.. Sebelum dimasukkan ke dalam wad, doc yang merawat mak di wad kecemasan meminta kami membuat pilihan, sekiranya jantung mak berhenti adakah kami mahu doc membuat CPR atau merelakan mak pergi.. Kami serba salah untuk memberikan jawapan.. Kerana juga kurang pasti apa yang dimaksudkan sebenarnya?? So kami memilih untuk cuba selamatkan..

Masuk di wad D2, doc yang merawat mak menyarankan kami membawa mak pulang kerana tiada apa yang dapat mereka lakukan.. Ai serba salah, bimbang membawa mak pulang seolah-olah kami cuba membunuhnya kerana mak bernafas bergantung sepenuhnya kepada bantuan oksigen.. My sis menjaga mak di hospital..

16 Disember 2014
Ai tak bekerja hari ni.. KU pun sedia maklum keadaan Ai.. Katanya dia nak datang ziarah mak pada sebelah petang.. My sis mesej maklumkan pada Ai, doc yang memeriksa mak pada sebelah pagi tak benarkan mak pulang ke rumah.. Baby HK, Ai tinggalkan di rumah pengasuh kerana kami akan berada di hospital sehingga petang.. Kalau baby HK ikut sekali, mesti dia akan meragam kerana terlalu lama.. Waktu melawat tangah hari 12.30pm - 2.00pm, baru Ai dan yang lain-lain dapat masuk melawat.. Mak masih boleh bercakap tetapi dalam nada yang tersekat-sekat.. Habis waktu melawat, kami pergi ke surau untuk menunaikan solat zohor.. Dan menunggu untuk waktu melawat sebelah petang pada pukul 4.30pm - 7.00pm..

Selepas solat zuhur, Ai baca surah yasin memohon agar ALLAH permudahkan urusan mak kami.. Sebelah petang, mak ditukarkan ke Wad D3 pula..

Semasa Ai tinggal bersendirian dengan mak, Ai pegang tangan mak dan mohon mak ampunkan semua kesalahan kami adik beradik yang kami sedari atau tanpa kami sedari telah melukakan hati mak... Ai katakan kami semua sayangkan mak.. Mak mengangguk lemah.. Kemudian Ai mohon mak ampunkan semua kesalahan yang Ai lakukan pada mak, Ai sayangkan mak.. Mak mengangguk lagi..

Ai urut tangan mak yang lebam kesan dicucuk jarum.. Sayu hati melihat tubuh mak yang kurus kering, sehingga nurse pun sukar untuk mencucuk jarum ke tubuh mak.. Akibatnya, terlalu banyak kesan lebam di tangan mak.. Ai tanya mak, boleh tak kami nak bacakan yasin.. Mak mengangguk lemah.. Lalu Ai minta my sis hulurkan surah yasin kepada Ai dan Atam.. Ai berharap urusan kami akan dipermudahkan...

Selepas habis waktu melawat, baru KU sampai..Ai mohon pada pak guard untuk membenarkan Ai dan KU masuk.. Dalam nada yang tersekat-sekat, mak mengucapkan terima kasih kepada KU kerana sudi datang menziarah..

Nota Jari: Bersambung entry akan datang.....

You May Also Like



0 ulasan